Pendapat bahawa Siti Hajar bukanlah hamba Siti_Hajar_isteri_Nabi_Ibrahim

Bahagian ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki bahagian ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.
Cari sumber: "Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Salomon bin Ishak dalam Targumnya menulis dalam tafsirnya. Dalam tafsir itu, Salomon bin Ishak berpendapat bahwa Hagar (Siti Hajar), ialah puteri seorang Penguasa Mesir.

Berdasarkan analisis Ustadz H. M. Nur Abdurrahman, Penguasa Mesir yang menjadi mentua Nabi Ibrahim, ialah Raja Salitis yang berasal daripada Dinasti Hyksos.

Dalam sejarah, Dinasti Hyksos memiliki keyakinan Tauhid, yang berasal daripada Kaum ‘Ad yang bernabikan Nabi Hud.

Mereka beremigrasi dan mendirikan kerajaan-kerajaan di Babylonia, kemudian juga di Kan’an, sebahagian lagi ke Mesir mendirikan Dinasti Hyksos setelah berhasil menundukkan penguasa setempat.

Anggapan Hagar seorang hamba

Dianggap sepeninggalnya Nabi Sulaiman, Bani Israil terperangkap dalam sifat kebanggaan yang berlebih-lebihan (chauvinism) yang menghasilkan sikap perkauman.

Hal ini, menyebabkan Ismail (saudara Ishaq), tidak dipandang sebelah mata. Dari sinilah kemudian muncul anggapan Hagar, ibunda Ismail hanya seorang hamba dari Mesir.

Daripada tafsiran yang keliru ini, muncul kesalahan biasa di kalangan Bani Israil. Mereka beranggapan bahawa Nabi Ismail tidak berhak menyandang putera Nabi Ibrahim, lantaran ibunya seorang hamba.

Kekeliruan yang bersikap perkauman ini, tentu perlu diluruskan kerana dalam Bible sendiri, baik Ismail mahupun Ishaq, ialah dua orang yang disebut “putera Ibrahim”, sebagaimana tertulis.[3][sumber tak boleh dipercayai?]